30 January 2011

Berhati-hati apabila membeli barang kemas!

Syukur Alhamdulillah!

Bertemu kita kembali dalam segmen emas...Hehe, macam pengacara pula ^.^  Lama sangat dah tak update blog nih..Almaklumlah baru je kahwin tu yang tak nyempat2 nak update blog nih...Alhamdulillah segalanya selesai!! Syukur!

Ok, ni saya nak cerita satu pengalaman semasa memajak barang kemas kat Bank Rakyat. Barang yang nak dipajak adalah barang kemas 916 (maklumlah nak test market katakan)...Pada awal bulan hari tu (tak ingat tarikh biler) memandangkan harga emas tengah murah, dengan sukacitanya saya pun pergilah ke Bank Rakyat kat area Shah Alam. Cadangnya nak pergi gadai la ni...Masuk je bank terus tengok harga emas kat board yang dok tergantung tu...Memang harga emas tengah murah! (Bila nak gadai seeloknya gadai waktu harga emas tengah murah sebab kos simpanan dapat murah - Belajar dari sifu emas!! ^.^ )

Langkah seterusnya kena isi borang, fotostat I/C dan tunggu la kena panggil....Bila dah masuk terus bagi barang dan tunggu sampai proses siap...Dah dapat duit apalagi cabut la...Sampai dalam kereta terus terdetik hati nak tengok surat gadai tadi...

Memang aku dah agak!Murah giler dia bagi harga...Surat gadai tulis emas yang digadai adalah jenis 752 (kalau tak silap la) tapi barang tu jenis 916..Haaa! camano tu!?

Apalagi terus pergi balik bank tadi, tanya balik apsal beza sangat harga...Jawapannya, "saya ikut apa yang tertulis kat mesin tadi" Eh minah ni, senangnya bagi jawapan..Tak munasabah...selepas 10 minit "berperang", saya terus tebus balik barang kemas tadi dan yang bestnya kena charge RM2.00 (seb baek 2 ringgit je)..Dengan muka ketat, terus belah dari situ..Start enjin terus ke Agrobank pulak..

Macam biasa, ulangi langkah kat atas dan tunggu giliran...Tup Tap, jawapan yang sama jugak diterima, "emas encik ni jenis 756" ..." Tapi saya beli emas jenis 916" ..."Boleh saya tengok resit encik?" ...Baru teringat, masa beli barang kemas hari tu dapat resit..Cek punya cek, alhamdulillah ada!! peewwit! Terus bagi kat pegawai tu dan terus dia cek..Tak sampai 2 minit terus dia setuju nak bagi harga ikut emas 916!!! Yang bestnya siap ada penerangan lagi kenapa ada perbezaan antara kedua-duanya...!Tabik spring kat pegawai bank tu (Lupa pulak namanya..hehe) !!

Kesimpulannya :-
1) Bila beli barang kemas,pastikan ada cop jenis emas yang nak dibeli..Selalunya jurujual tu tahu kat mana nak cek...Dibuatnya kita beli emas ikut harga 916 tapi tengok cop jenis 752, sapa yang rugi tu..Tak pasal-pasal kena tipu!!

2) Pastikan lepas beli tu korang dapat resit sebagai bukti pembelian..Cek balik resit itu adalah sama dengan jenis emas yang kita beli!

3) Fakta ni yang menarik, lagi banyak design atau pun rekaan yang ada pada barang kemas tu lagi banyak la campuran logam lain dan lagi kurang la ketulenan emas tersebut!!!

(Rasa dah boleh buat novel ni...hohoho)

Itu saja yang dapat dikongsi...Jumpa lagi di episod akan datang!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.