05 December 2010

SEMINAR : DINAR & EMAS SEBAGAI PELINDUNG KEKAYAAN



Alhamdulillah, setelah mengikuti seminar pada 4hb Disember banyak info yang telah saya dapat...Betul kata pepatah melayu "Ilmu tidak boleh dijual beli" lagi-lagi ilmu tentang emas ni..Rasanya rugi kalau tak pergi hari tu...Pada semua kawan2, sedara-mara atau sesiapa sahaja yang ada masa pergilah dengar "majlis ilmu" tentang emas ni..Tak rugi la...

Salah satu maklumat yang boleh saya kongsi ialah harga emas akan meningkat sekiranya nilai mata wang 'dollar' jatuh...Peningkatan harga emas juga bergantung kepada beberapa faktor yang lain...Antaranya ialah "Permintaan & Pengeluaran"..Kenapa saya kata begitu? Untuk pengetahuan semua, emas ialah sejenis logam yang tidak boleh dimusnahkan dan ia juga sukar didapati dan tidak boleh dimanipulasikan oleh manusia berbanding wang kertas..Erti kata lain, sehingga ke hari ini tiada seorang pun yang mengaku dapat mencipta emas!!

Tunggu apa lagi? Belilah emas sekarang!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.