05 December 2010

SEMINAR : DINAR & EMAS SEBAGAI PELINDUNG KEKAYAAN



Alhamdulillah, setelah mengikuti seminar pada 4hb Disember banyak info yang telah saya dapat...Betul kata pepatah melayu "Ilmu tidak boleh dijual beli" lagi-lagi ilmu tentang emas ni..Rasanya rugi kalau tak pergi hari tu...Pada semua kawan2, sedara-mara atau sesiapa sahaja yang ada masa pergilah dengar "majlis ilmu" tentang emas ni..Tak rugi la...

Salah satu maklumat yang boleh saya kongsi ialah harga emas akan meningkat sekiranya nilai mata wang 'dollar' jatuh...Peningkatan harga emas juga bergantung kepada beberapa faktor yang lain...Antaranya ialah "Permintaan & Pengeluaran"..Kenapa saya kata begitu? Untuk pengetahuan semua, emas ialah sejenis logam yang tidak boleh dimusnahkan dan ia juga sukar didapati dan tidak boleh dimanipulasikan oleh manusia berbanding wang kertas..Erti kata lain, sehingga ke hari ini tiada seorang pun yang mengaku dapat mencipta emas!!

Tunggu apa lagi? Belilah emas sekarang!

28 November 2010

EMAS OOO EMAS

Emas....emas ni memang menarik kalau dipandang lama2..Sebab tu kalau difikirkan balik emas ni memang mempunyai daya tarikan @ magnet (kata Dr.Azizan) tersendiri...Agak-agak korang la,kalau dilambung duit kertas dengan emas mana satu korang akan kejar? (pinjam kata2 En.Shukor =D)...konfom otomatik emas yang dikejar...Tak seperti duit kertas,makin lama makin susut nilainya berbanding emas makin lama makin mahal..!

Cukup cukup...kalau cerita pasal emas memang tak akan abis...tu baru cerita, belum lagi tengok depan mata, belum lagi rasa dengan tangan...fuh! (sebab saya dah tengok, dah rasa sendiri dan yang paling best DAH BELI walaupun satu dinar! ) ..Kalau nak cerita dengan mendalam pasal emas tak boleh lagi sebab belum "graduate"..hehe...tapi kalau basic2 boleh lah sikit-sikit...setakat nak berkongsi ilmu lagi saya suka sebab ilmu itu "emas"....

Asalnya dulu memang tak pandang langsung emas nih...yela, asal sebut emas je kita teringat rantai emak kita, cincin kakak kita, gelang adik kita..pendek kata barang perhiasan perempuan la...Tapi sejak terpandang EMAS DINAR ni dalam internet, lain macam je rasanya...Apa lagi, terus pergi cari info pasal emas nih...Rupa-rupanya emas ni banyak jenisnya..Ada 999 la, ada 916 la, macam-macam la pendek kata...Sekali pandang macam sama, dua kali pandang rupa-rupanya lain..

Ni contoh 1 dinar (916) bersamaan 4.25 gram (gram tau bukan kilogram)..Teka berapa harga? Masa beli tu harga jatuh sikit so dalam RM637.00!

4.25 gram = RM637.00!!!

Fuh! Tu belum lagi emas jenis 999! Masyuk!!